fbpx

Polis cari saksi kemalangan maut motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kawasan kemalangan maut melibatkan sebuah motosikal Honda Future di Bulatan Lapangan Terbang Subang hala Petaling Jaya, malam semalam.

PETALING JAYA – Polis sedang mengesan saksi kemalangan melibatkan seorang penunggang motosikal yang maut manakala pemboncengnya parah di Bulatan Lapangan Terbang Subang menghala Petaling Jaya, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian pada pukul 10.54 malam.

“Hasil siasatan awal kira-kira pukul 10.10 malam mendapati mangsa menaiki motosikal Honda Future terbabas dan terlanggar batu penghadang tepi jalan.

“Lelaki tempatan berusia 17 tahun disahkan maut di tempat kejadian manakala, pemboncengnya berusia 19 tahun cedera parah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, orang awam yang melihat atau berada di tempat kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran.

“Mereka juga boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor R. Navalan di talian 014-2536820 bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI