fbpx

Piala Raja: Pertahankan kekebalan Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAN-GON menyaksikan anak-anak buahnya menjalani latihan dalam bangunan menjelang aksi Piala Raja menentang Thailand di Stadium 700th Anniversery, Chiang Mai malam esok.

REKOD kebal skuad Harimau Malaya tidak tewas kepada Thailand sejak 2018 perlu dijadikan azimat menjelang aksi antarabangsa Piala Raja menentang pasukan tuan rumah di Stadium 700th Anniversery, Chiang Mai malam esok.

Di atas kertas, skuad kebangsaan yang menduduki ranking ke-148 tidak setanding dengan pasukan ‘Gajah Perang’ yang gah berada di tempat ke-111 dunia ketika ini.

Namun, berdasarkan situasi semasa, Malaysia masih belum tewas dengan Thailand pada empat pertemuan terakhir dengan merekodkan dua kemenangan dan dua keputusan seri.

Pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan-gon mahu menjadikan aksi empat penjuru itu sebagai medan menguji pemain sambil berharap pasukan dapat me­nyahut cabaran dengan mencipta kejutan di sana nanti.

“Kedudukan ranking semasa adalah hasil daripada apa yang dilakukan oleh pasukan pada tahun-tahun sebelumnya dan ia tidak menggambarkan prestasi semasa pasukan ketika ini.

“Saya telah menekankan bahawa tidak semestinya pasukan lawan lebih kuat daripada kita tetapi kita masih harus menghormati mereka.

“Apa yang pasti, saya anggap kejohanan ini sebagai medan terbaik buat barisan pemain mencabar kemampuan sendiri, kerana kita akan menentang negara yang menduduki ran­king lebih tinggi,” kata pengendali import dari Korea Selatan itu.

Sebagai rekod, kali terakhir skuad negara tewas adalah pada aksi final kejohanan Piala AFF Suzuki 2014 dengan kekalahan agregat 3-4.

Sekiranya menang ke atas Thailand, skuad negara akan bertemu dengan pemenang antara pasukan Trinidad & Tobago yang menduduki ranking 101 atau ­Tajikistan (ranking 109) di pentas final pada Ahad ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI