fbpx

Penduduk gelisah setiap kali hujan lebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosnah menunjukkan paras air yang pernah memasuki rumahnya baru-baru ini ketika banjir kilat melanda Lorong 22 di Taman Saujana, Pontian.

PONTIAN – Setiap kali hujan lebat, seramai 11 pemilik rumah di Lorong 22, Taman Saujana di sini pastinya hidup gelisah kerana bimbang banjir kilat melanda kawasan perumahan mereka

Manakan tidak, sejak beberapa tahun lalu, rumah mereka se­ring dimasuki banjir apabila hujan lebat melanda lebih satu jam.

Bagi mengelakkan air dari longkang melimpah ke dalam ke dalam rumah, mereka terpaksa me­ninggikan bahagian hadapan dan belakang kediaman.

Seorang ibu tunggal, Rosnah Mardan, 62, berkata, pada tahun lalu, rumahnya dimasuki air se­tinggi 0.5 meter dan hanya surut dalam tempoh sejam kemudian.

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan pelbagai peralatan mengalami kerosakan seperti perabut dan permaidani.

“Rumah saya terletak di kawasan hujung jalan. Aliran air hujan seperti berkumpul di hadapan rumah saya. Keadaan ini yang membimbangkan apabila hujan lebat berterusan.

“Jadi saya berharap pihak-pihak berkenaan dapat mengambil langkah segera bagi mengatasi masalah itu,” katanya di Taman Saujana di sini semalam.

Seorang lagi penduduk, Mohd. Fauzi Malek, 56, meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) segera membina longkang baharu yang lebih besar bagi menampung ali­ran air yang banyak ketika hujan lebat.

Katanya, sebelum ini kejadian banjir kilat tidak berlaku, namun disebabkan pembinaan projek perumahan menyebabkan aliran air tertumpu di kawasan penduduk.

“Sebelum ini PBT ada membina satu longkang di hadapan Lorong 22 ini, namun hanya separuh, menyebabkan aliran air tidak begitu lancar apabila berlaku hujan lebat.

“Saya sendiri terpaksa mengeluarkan perbelanjaan bagi me­ninggikan bahagian hadapan rumah bagi mengelakkan air masuk ke dalam rumah,” ujarnya.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga ( KRT ) Taman Saujana, Khairul Nizam Kusrin pula me­minta PBT mempercepatkan kerja-kerja penyambungan longkang di hadapan Lorong 22 tersebut.

Katanya, beliau difahamkan kerja-kerja pembinaan longkang tambahan itu dalam peranca­ngan dan diharap dapat disegerakan bagi memastikan penduduk tidak dilanda kebimbangan.

“Masalah ini telah membebankan mereka yang terlibat dan diharap tindakan segera dapat dilakukan sebelum hujung tahun ini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI