fbpx

Pendapatan Glomac naik kepada RM65.5 juta suku pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lukisan artis projek perumahan mampu milik Glomac yang mencatat jualan menggalakkan.

PETALING JAYA – Pendapatan Glomac Berhad (Glomac) bagi suku pertama tahun kewangan berakhir 30 April 2023 naik sebanyak 127 peratus kepada RM65.5 juta berbanding suku yang sama tahun sebelumnya.

Keuntungan sebelum cukai juga bertambah sebanyak 108 peratus kepada RM7.9 juta berbanding RM3.8 juta yang dicatat pada suku pertama tahun kewangan 2022.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, prestasi memberangsangkan ini disumbangkan aktiviti pembinaan yang kembali aktif selepas terkesan daripada pelbagai pelaksanaan perintah sekatan sepanjang tempoh pandemik lalu.

“Menyumbang kepada pendapatan bagi suku kewangan ini adalah projek yang sedang berlangsung di Saujana Perdana, Plaza@ Kelana Jaya dan 121 Residences,” katanya.

Selain itu, Kumpulan turut mencatat kedudukan tunai dan deposit yang kukuh sebanyak RM223.8 juta berbanding RM215.4 juta pada akhir bulan April 2022.

Glomac mencatat jualan baharu tertinggi sebanyak RM52 juta pada suku pertama tahun kewangan 2023 berbanding RM30 juta suku yang sama tahun sebelumnya.

Jualan menggalakkan itu disumbangkan oleh projek rumah pejabat di Lakeside Residences, Puchong yang habis dijual dan projek bandar baharu Saujana Perdana dan Saujana Utama 5 yang telah mencatat sambutan baik.

Projek  RUMA33 di  Saujana Utama 5 juga telah habis dijual sejak mula dilancarkan pada akhir tahun 2021. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI