fbpx

‘Pelajar, belajar berdikari jangan malas!’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Tidak dinafikan ramai yang terkesan dengan kos sara hidup yang semakin ‘menggila’ termasuk pelajar-pelajar yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Bukan kos barangan sahaja yang melambung hari demi hari malah keperluan tempat tinggal dan pengangkutan juga tidak terkecuali sehingga membebankan golongan itu seperti yang tular baru-baru ini.

Namun, menerusi coretan di Facebook Normaliza Mahadi, pelajar di negara ini disaran untuk mencontohi pelajar di luar negara yang disifatkan lebih bijak berdikari dan mencari peluang.

“Tengok YouTube macam mana orang jadikan kereta kancil sebagai ‘camping car’. Boleh tidur, masak dan simpan barang. Kalau di luar negara ramai pelajar kolej duduk dalam kereta sebab tak ada duit nak sewa rumah. Elok dia orang hidup dan graduasi.

“Nak masuk kolej beli kereta tunai. Tak dapat asrama jadikan je kancil ni tempat tidur. Pagi mandi kat masjid atau kolej,” katanya.

Selain itu Normaliza turut memberikan beberapa tip berguna untuk membeli sebuah kereta kancil yang dilihat lebih praktikal dan menjimatkan untuk mereka yang bergelar pelajar.

“Budak-budak yang nak masuk kolej sesuai ada kereta ni. Masa cuti sekolah tingkatan 4 dan 5 tu pergi kerja. Simpan duit dan ambil lesen.

“Ada kereta kancil yang dijual lebih kurang RM3,000. Baiki sana sini lebih kurang RM2,000, tukar nama, cukai jalan dan insuran katalah RM1,000. Jumlah dalam RM6,000 dan boleh travel ke mana sahaja.

Selain itu tegasnya, cuti sekolah juga sebaiknya dimanfaatkan dengan mencari wang saku bukan hanya goyang kaki di rumah.

“Masa sekolah (cuti) ni pergilah cari duit lebih. Mak bapak bukan senang. Usahalah sendiri nak belajar jangan harap semua kat mak bapak.

“Ini semua harap mak bapak. Cuti sekolah tidur sampai petang basuh pinggan pun pemalas (kepada yang bukan macam ni jangan kecil hati),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI