fbpx

Lima individu direman buat tuntutan palsu program latihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lima individu ditahan reman selama tiga oleh SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini, hari ini. GAMBAR : FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Seramai lima individu ditahan reman selama tiga hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu bagi program latihan berkaitan teknologi digital.

Perintah reman bermula hari ini sehingga 23 September itu dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas SPRM membuat permohonan di Mahkamah Majistret di sini pagi tadi.

Menurut sumber, kelima-lima suspek termasuk seorang wanita berusia antara 37 hingga 50 tahun ditahan di Ibu Pejabat SPRM kira-kira pukul 8.30 malam semalam ketika hadir memberi keterangan.

“Kesemua suspek dipercayai terlibat mengemukakan tuntutan palsu bagi program latihan berkaitan teknologi digital kepada sebuah agensi kerajaan sedangkan latihan berkenaan tidak dilaksanakan.

“Kes itu dipercayai melibatkan dua syarikat yang telah dibayar tuntutan masing-masing berjumlah RM19,599,682 dan RM7,581,878 bagi menjalankan program latihan dari tahun 2016 hingga 2020,” katanya di sini tadi.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Tan Kang Sai mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI