PETALING JAYA – Satu perkongsian di media sosial menyatakan golongan lelaki sememangnya hebat dan suka membantu rakan-rakan ketika berada dalam kesusahan menjadi pendebatan ketika ini.
Menurut perkongsian tersebut, biarpun pukul 3 pagi jika terdapat kecemasan dan mendapat panggilan rakan yang berada dalam kesusahan, kaum lelaki pasti akan membantu.
Ada juga golongan lelaki ini sanggup lakukan apa sahaja demi rakannya seperti kerosakan kereta mahupun tayar motosikal pancit, mereka pasti menghulurkan bantuan.
Namun perkongsian tersebut menjelaskan, sehebat dan seringan mana tulang lelaki itu, pinggan sebiji dalam sink tidak pernah dibasuh.
Rata-rata pengguna media sosial juga bersetuju dengan perkongsian tersebut dan ada juga yang menafikan perkara itu.
“Dengan kawan mereka pukul 3 pagi keluar lagi kalau ada kecemasan, bantu kawan-kawan tapi dekat rumah sampah dan pinggan tidak pernahnya basuh.
“Mungkin kaum lelaki ni begitu semuanya, dengan kawan ni mereka akan saling bantu membantu, suami saya pun sama,” jelas Farrah Hannan.
“Tidak semua rasanya, suami saya biasa sahaja malah dia yang bantu cuci baju dan pinggan dalam sink selama ini.
“Tiada istilah dia hanya bantu kawannya sahaja, suami akan pastikan kerja rumah yang saya tidak sempat siapkan, dia akan bantu walaubagaimana sekalipun,” jelas Suhanan Samudin. – KOSMO! ONLINE.