fbpx

Lelaki bakar diri bantah upacara pengebumian Shinzo Abe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis dan bomba memeriksa lokasi lelaki tersebut membakar dirinya berhampiran pejabat Perdana Menteri di Tokyo, hari ini. - Kyodo News

TOKYO – Seorang lelaki membakar dirinya berhampiran pejabat Perdana Menteri Jepun hari ini, selepas menyatakan bantahan terhadap majlis pengebumian negara untuk Shinzo Abe.

Majlis bagi memperingati bekas Perdana Menteri Jepun yang ditembak mati pada Julai lalu itu dijadual berlangsung pada 27 September ini.

Menurut laporan TV Asahi, lelaki berkenaan memberitahu polis bahawa dia membantah pelaksanaan majlis itu sebelum membakar dirinya.

Tambah laporan tersebut, seorang pegawai polis yang cuba memadamkan api turut tercedera.

Agensi berita Kyodo dan beberapa media lain berkata, polis dikerah ke lokasi kejadian sekitar pukul 7 pagi (waktu tempatan) selepas menerima beberapa laporan mengenai ‘seorang lelaki sedang terbakar’.

Turut ditemui berhampiran lelaki berkenaan adalah satu nota yang menyatakan bantahannya terhadap upacara tersebut.

Abe, yang merupakan Perdana Menteri Jepun paling lama berkhidmat ditembak mati pada 8 Julai lalu di wilayah Nara ketika berkempen. 

Satu upacara pengebumian negara bagi memperingati jasa-jasa beliau bakal diadakan minggu depan, namun keputusan itu menjadi kontroversi dan menerima banyak bantahan daripada orang ramai.

Majlis tersebut juga dilaporkan bakal menelan belanja sekurang-kurangnya AS$12 juta (RM54.8 juta). -AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI