fbpx

KPDNHEP selaraskan maklumat PDRM, SKMM banteras scammer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adiratno bercakap pada sidang akhbar selepas perasmian Program CIP KPS Peringkat Negeri Melaka di Sungai Udang, Melaka.

MELAKA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menyelaras maklumat aduan berkaitan penipuan (scam) dengan agensi-agensi keselamatan bagi membanteras kegiatan jenayah itu.

Pengarah Bahagian Gerakan Kepenggunaan KPDNHEP, Adiratno Che Ani berkata, perbincangan mengenai perkara itu akan dibuat secara berperingkat termasuk bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Langkah ini penting kerana kita hendak pastikan bahawa apabila aduan diterima, tindakan dapat diselaraskan antara jabatan atau agensi yang berkaitan dan jika melibatkan polis, sejauh mana pasukan itu hendak teruskan.

“Begitu juga dengan bidang kuasa kementerian, setakat mana ia dapat membantu menyelesaikan kes-kes seperti ini, cuma seperti yang saya katakan kita di peringkat kementerian lebih kepada mendidik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Program Cabaran Interaktif Pengguna Kelab Pengguna Sekolah (CIP KPS) peringkat negeri di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Adiratno berkata, bidang kuasa membabitkan kementerian, jabatan dan agensi yang berkaitan bagaimanapun tidak perlu diperluaskan.

“Dalam kes-kes penipuan (Macau Scam) kita anggap sebagai jenayah yang melibatkan bidang kuasa polis.

“Bagaimanapun, bidang kuasa pada polis dan SKMM sudah ada, hanya pelarasan sahaja yang tidak secara khusus,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Adiratno turut memaklumkan, KPDNHEP telah menerima hampir 20,000 aduan membabitkan pelbagai kategori setakat Ogos lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI