fbpx

Empat dicekup, tak sempat serah 5.4kg dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dadah jenis syabu yang dirampas ketika Ops Tobias di kawasan tempat letak kereta, Taman Sri Sentosa, kelmarin.

KUALA LUMPUR – Empat ahli sindiket pengedaran dadah diberkas ketika menghantar bahan larangan itu kepada pelanggan mereka di kawasan tempat letak kereta, Taman Sri Sentosa, di sini kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman berkata, serbuan ke atas sindiket yang aktif empat bulan lepas itu dilakukan sekitar pukul 7.35 malam.

Katanya, dalam serbuan sama, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur menerusi Ops Tobias merampas sebanyak 5.4 kilogram (kg) dadah jenis syabu untuk dipasarkan sekitar ibu negara.

“Mereka yang diberkas merupakan penganggur berusia 34 hingga 43 tahun. Tiga daripada mereka positif ganja dan mempunyai rekod jenayah dan kes dadah.

“Siasatan awal mendapati dadah bernilai RM193,680 itu hanya dibekalkan pada pelanggan yang dikenali,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, pihaknya percaya dadah itu dibawa masuk dari negeri di utara ke ibu negara dan boleh dibekalkan kepada 10,760 penagih sekiranya terlepas ke pasaran.

“Keempat-empat suspek direman sehingga 26 september ini di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi membantu siasatan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI