fbpx

Dua beradik direman tiga hari buat pembayaran palsu RM23 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua beradik ditahan reman selama tiga hari oleh SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini, hari ini. GAMBAR : FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Dua beradik ditahan reman selama tiga hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kes pembayaran palsu bernilai lebih RM23 juta bagi projek pembinaan sebuah pangsapuri.

Tempoh reman bermula hari ini sehingga 23 September depan dibenarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas SPRM membuat permohonan itu di Mahkamah Majistret di sini pagi tadi.

Menurut sumber,kedua suspek lelaki terbabit merupakan bekas pengarah urusan syarikat pembangunan, kejuruteraan dan pembinaan ditahan di Ibu Pejabat SPRM kira-kira pukul 7 malam semalam ketika hadir memberi keterangan.

“Kedua-dua suspek yang berusia 60-an itu disyaki telah membuat pembayaran palsu dan curang kepada perunding, sub-kontraktor serta pihak ketiga dengan menggunakan kemudahan perbankan ‘overdraf’ sebuah bank tempatan bernilai lebih RM23 juta.

“Pelakuan dilakukan antara tahun 2017 hingga 2019 itu bertujuan bagi pembinaan projek pangsapuri di Kuala Lumpur yang bernilai lebih RM350 juta, namun sedangkan projek tersebut tidak dijalankan,” katanya hari ini.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat mengikut  Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI