fbpx

Amaran ribut petir, hujan lebat di utara dan barat Semenanjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir ekoran ramalan hujan lebat yang dijangka melanda negeri di utara Semenanjung serta beberapa kawasan lain.

MetMalaysia dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan, cuaca buruk itu dilihat tertumpu sekitar Perlis dan Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar dan Pendang).

“Keadaan tersebut dijangka berlarutan sehingga pukul 3 petang nanti.

“Dalam tempoh sama, hujan lebat dan ribut petir dijangka turut melibatkan negeri Selangor (Kuala Langat dan Sepang) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya,” katanya.

Selain itu, di Sabah pula, MetMalaysia meramalkan hujan lebat serta ribut petir berpotensi melanda Tawau (Kunak dan Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI