fbpx

Usul lebih 10 inisiatif untuk Belanjawan 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saravanan (empat kiri) menyampaikan Anugerah Tokoh Kesatuan Sekerja kepada Tan Sri Zainal Rampak (lima kiri) sewaktu Perhimpunan Keluarga Kesatuan Sekerja Se-Malaysia 2022 di Pusat Konvensyen SACC, Shah Alam, Selangor pada hari ini. - Foto oleh ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM- Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah mengusulkan lebih 10 inisiatif baharu kepada Kementerian Kewangan (MOF) bagi Belanjawan 2023.

Menterinya, Datuk Seri M. Saravanan berkata, kesemua inisiatif baharu itu bagi membangunkan industri 4.0, yang kini sedang pesat di seluruh dunia.

“Kita fokus pada cabaran yang ini (pembangunan industri 4.0) yang mana, kita mahu lahirkan pekerja yang berdaya saing dalam dunia digital,” katanya semasa menghadiri Perhimpunan Keluarga Kesatuan Sekerja Se-Malaysia 2022 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini, hari ini.

Menurutnya, kementeriannya turut mengusulkan bajet tambahan bagi melaksanakan skim jaringan keselamatan untuk membantu golongan suri rumah.

Dalam pada itu, kerajaan meluluskan Geran Pembangunan Kesatuan Sekerja (GPKS) yang bernilai RM2.6 juta.

“Kerajaan sentiasa menghargai jasa serta sumbangan kesatuan sekerja.

“Namun, kesatuan sekerja perlu berubah dengan menjadi rakan strategik kepada majikan serta kerajaan, ” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI