fbpx

Usaha sama PCG, ExxonMobil dalam bidang kitaran semula plastik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Andrew (dua dari kiri) bertukar dokumen dengan Mohd. Yusri di Kuala Lumpur.

PETALING JAYA – Petronas Chemicals Group Berhad (PCG) telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan ExxonMobil untuk meneliti potensi dalam penerapan teknologi pengitaran semula plastik maju yang berskala besar bagi membantu mewujudkan ekonomi sirkular untuk plastik di Malaysia. 

Melalui MoU tersebut, kedua-dua Kumpulan  juga akan menilai peluang untuk menyokong penambahbaikan dalam pengutipan dan pengasingan sisa plastik di negara ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PCG, Ir. Mohd Yusri Mohamed Yusof berkata, usaha sama ini merupakan satu lagi langkah penting ke arah peralihan kepada ekonomi sirkular berikutan peningkatan permintaan untuk produk sirkular dan menandakan komitmen Kumpulan untuk menggunakan bahan mentah yang telah dikitar semula dalam industri kimia.

“PCG sentiasa menerokai dan melaksanakan teknologi inovatif untuk membangunkan penyelesaian mampan yang diminta oleh pelanggan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena pemeteraian MoU antara PCG dengan ExxonMobil yang diwakili oleh  Naib Presiden Pembangunan Pemasaran Baharunya, Dave Andrew.

MoU ini dibina berdasarkan perkongsian lama antara ExxonMobil dan Petronas yang telah menyaksikan pelbagai kerjasama dan usaha perniagaan yang berjaya antara kedua-dua pihak di Malaysia dan luar negara.

PCG komited ke arah mempercepatkan peralihan rantau ini kepada ekonomi yang lebih sirkular untuk bahan plastik.

Sehubungan itu, Kumpulan sedang menjalankan beberapa kajian kebolehlaksanaan berkenaan pengitaran semula plastik.  -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI