fbpx

Tak sertai konsert, Tuju, K-Clique tidak bergaduh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MK menafikan hubungan K-Clique dengan Tuju masih baik dan tiada perselisihan faham berlaku.

PETALING JAYA – Kumpulan hip hop terkenal, K-Clique menafikan ketiadaan salah seorang anggotanya, Tuju dalam persembahan pada Konsert Havoc Midnight di Shah Alam baru-baru ini disebabkan perselisihan faham yang timbul antara mereka.

Mewakili K-Clique, MK berkata, Tuju tidak dapat bersama dalam persembahan tersebut kerana mempunyai komitmen bersama keluarga.

“Sebenarnya Tuju terikat dengan program lain dan tidak dapat bersama dalam konsert kali ini. Dia seorang yang sentiasa sibuk dan juga sudah berkeluarga.

“Kini, dia lebih fokus terhadap keluarga tidak seperti ahli lain, masih muda,” katanya pemilik nama sebenar Muhammad Hairi Amin itu kepada Kosmo! Online baru-baru ini.

Sementara itu, selain tiada isu pergaduhan, mereka juga memahami kehidupan Tuju yang kini memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga selepas berkahwin dengan penyanyi rap, Loca B.

“Selain itu, kami kena faham situasi dia yang kini memikul peranan sebagai suami dan bapa kepada dua cahaya mata.

“Kami tidak kisah untuk memberinya ruang bagi memberi fokus kepada keluarga,” ujarnya.

Dalam pada itu, dia juga berharap tanda tanya tentang status Tuju bersama K-Clique tidak seharusnya menjadi isu besar.

“Jika ada yang bertanya status tentang ang K-Clique. Itu persoalan silap kerana jenama K-Clique itu sudah sebati dengan kami.

“Untuk kami menjawab mengenai Tuju, jujurnya lapan anggota lain juga mempunyai kisah masing-masing.

“Soal Tuju dan keluarga, itu hak privasinya. Apa pun, lebih baik tanya tuan punya badan,” katanya lagi.

Selain MK dan Tuju, K-Clique yang turut dibarisi Noki, Somean, KDeaf, FareedPF, Gnello dan NastyNas.

Kesemua mereka yang popular menerusi lagu Mimpi itu merupakan anak kelahiran Kota Kinabalu, Sabah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI