fbpx

Sukma 2022: Terengganu kuasai e-Sukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan Terengganu, Johor dan Negeri Sembilan menerima pingat acara Pro Evolution Soccer (PES) berpasukan pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2022 di Quill City Mall, Kuala Lumpur semalam. - Foto ihsan MESF

KONTINJEN Terengganu menepati ramalan apabila mendominasi saingan e-Sukan temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2022 selepas meraih dua pingat emas daripada lima acara yang dipertandingkan kali ini.

Pada saingan e-Sukan yang berlangsung selama tiga hari bermula 17 hingga 19 September, skuad Terengganu meraih pingat emas menerusi acara double dan berpasukan acara permainan video Pro Evolution Soccer (PES).

Sementara itu, Negeri Sembilan pula menyambar satu pingat emas acara PES bagi kategori individu selain Kelantan mendominasi permainan Mobile Legends Bang Bang dan Johor meraih pingat emas bagi permainan Dota 2.

Atlet e-Sukan Terengganu, Muhammad Faizal Razali yang beraksi bagi kategori double dan berpasukan mengakui cukup berpuas hati kerana pengorbanan sejak 2019 membuahkan hasil apabila dapat menghadiahkan dua pingat emas buat negeri kelahirannya.

“Saya bersyukur dapat meraih kejayaan berganda kali ini kerana perjalanan untuk mendapatkan pingat emas bukannya mudah kerana pasukan sudah pun dibentuk sejak 2019 bagi persiapan mengharungi Sukma 2020.

“Selepas Sukma 2020 dibatalkan, kami tidak berputus asa dengan terus menjalani latihan bagi memastikan impian untuk meraih pingat emas temasya Sukma berjaya direalisasikan,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Kuala Lumpur semalam.

Muhammad Rafiq Firdaus yang bergandingan dengan Faizal pula mengucapkan terima kasih kepada Majlis Sukan Negeri (MSN) Terengganu yang mengambil mereka untuk menjadi atlet sepenuh masa.

“Ini adalah keputusan yang cukup menggembirakan dalam karier kami dan terima kasih diucapkan kepada MSN Terengganu kerana memberi platform buat kami menyerlahkan bakat dalam arena e-Sukan tanah air,” katanya.

Pada aksi final acara double dan berpasukan, skuad Terengganu berjaya menewaskan Johor untuk kedua-dua kategori dengan keputusan 2-0. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI