fbpx

RM19.5 juta bangunkan industri kopi dan kelapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi (dua dari kanan) mendengar penerangan tentang Kopi Rimau dari Pengusaha Kopi Batu Pahat, Esham Salam (kiri) ketika Sambutan Hari Kelapa dan Kopi Tahun 2022 di Pusat Pertanian Parit Botak di Batu Pahat hari ini.

BATU PAHAT – Sejumlah RM19.5 juta sudah diluluskan melalui Rancangan Malaysia ke – 12 (RMK-12) untuk Jabatan Pertanian Malaysia bagi Projek Pembangunan industri Tanaman Kopi dan Kelapa di negara ini.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM4.5 juta diluluskan untuk projek pembangunan industri kopi manakala RM15 juta bagi projek pembangunan industri kelapa.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, melalui peruntukkan itu ia adalah bertujuan untuk menyediakan infrastruktur dan fasiliti pengendalian lepas tuai.

Katanya, ia juga untuk pembekalan input-input pertanian, perolehan bahan dan kawalan perosak dan pemindahan teknologi.

“Pada tahun 2020, kawasan penanaman kopi di negara ini adalah seluas 2,200 hektar dan mampu mengeluarkan sejumlah 4,241 tan setahun

“Manakala keluasan penanaman kelapa adalah 84, 942 hektar dengan kemampuan pengeluaran sebanyak 536 juta biji untuk tempoh yang sama,”katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Kelapa dan Kopi Tahun 2022 di Pusat Pertanian Parit Botak dekat sini hari ini.

Menurut beliau, antara negeri utama pengeluaran kopi di negara ini adalah Sabah, Johor dan Sarawak sehingga mampu mengeksport dalam bentuk kopi beras serta pelbagai produk berasaskan kopi sebanyak 115, 991 tan yang bernilai RM2,02 billion pada tahun 2020.

Ujarnya lagi, untuk perusahaan kelapa sehingga kini 65.4 peratus keluasan bertanam kelapa adalah di Semenanjung Malaysia dan 34.6 peratus adalah di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI