fbpx

Ramai bersyukur terima pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sejumlah 8.7 juta pemohon Fasa 3 dan rayuan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) mula menerima pembayaran secara berperingkat hari ini.

Tinjauan Kosmo! di laman sosial mendapati kebanyakan penerima sudah mula menikmati pembayaran tersebut yang dikreditkan ke dalam akaun mereka sejak malam tadi.

Rata-rata ramai mengucapkan syukur dan menarik nafas lega atas bantuan tersebut.

“Alhamdulillah, bolehlah buat belanja sedikit dan bayar hutang rakan terdekat, kata seorang pengguna di Facebook.

“Syukur, masuk RM900. Dapatlah bawa keluarga jalan-jalan bulan ini,” ujar Taufiq.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa pembayaran Fasa 3 dan rayuan BKM akan dikreditkan mulai 20 hingga 27 September ini.

Bagi BKM Fasa 3, setiap penerima sedia ada akan menerima sehingga RM900 manakala lebih 80,000 pemohon rayuan BKM menerima sehingga RM2,350 mengikut kategori kelayakan masing-masing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI