fbpx

Pemborong terpilih dibenarkan simpan 30 peratus persiapan banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosol pada sidang akhbar Program Love Local di Stesen Petronas Sempena KBBM di Kota Damansara. - Foto WAN REDZA WAN SHARMADI

PETALING JAYA – Pengeluar, pemborong dan peruncit terpilih daerah dibenarkan menyimpan stok tambahan 30 peratus daripada had simpanan lesen sebagai persediaan kecemasan dalam menghadapi musim banjir.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, langkah tersebut adalah bagi memudahkan penduduk yang terjejas untuk mendapat bekalan keperluan ketika banjir.

Menurutnya, perkara tersebut dipandang serius oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menerusi penubuhan jawatankuasa khas banjir sebagai persediaan menghadapi bencana tersebut.

“Kita mendapat maklumat yang menjangkakan banjir mungkin teruk dari tahun lepas, jadi kita mengambil tindakan proaktif.

“Pihak kementerian menjalankan pemantauan rapi di peringkat pengilang, pemborong dan peruncit di seluruh negara untuk memastikan bekalan cukup dan memudahkan tindakan segera sekiranya berlaku gangguan bekalan,” katanya pada sidang akhbar Program Love Local di Stesen Petronas Sempena KBBM di Kota Damansara, dekat sini hari ini.

Mengulas lanjut, Rosol berkata, bukan sahaja kawasan kerap berlaku banjir, malah langkah turut diambil melibatkan negeri-negeri yang lain.

“Tumpuan kita kepada kawasan kerap berlaku banjir iaitu Pantai Timur, namun kawasan yang tidak terkesan turut diambil tindakan. Dulu kita lihat bulan November atau Disember, Terengganu dan Kelantan berlaku banjir, tapi kini negeri-negeri lain juga berdepan bencana yang sama.

“Justeru, tindakan diambil bagi mengelakkan masalah untuk mendapatkan bekalan jika banjir melanda,” ujarnya.

Sebelum ini media melaporkan, KPDNHEP menubuhkan jawatankuasa khas bagi menghadapi musim banjir terutama pada hujung tahun.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dilaporkan berkata, jawatankuasa berkenaan sudah merangka pelan tindakan khusus untuk memastikan bekalan makanan mencukupi ketika keadaan cuaca buruk sepanjang tempoh Monsun Timur Laut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI