fbpx

Pembeli makanan ‘home-made’ disaran rujuk FoSIM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Akmal Saleh bergambar bersama pemenang medan selera yang mendapat pengiktirafan bersih, selamat dan sihat sempena sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia peringkat negeri Melaka di MITC, Ayer Keroh, Melaka. - Foto oleh AMRAN MULUP

MELAKA – Pelancong yang berkunjung ke negeri ini serta ingin membeli makanan daripada pengusaha makanan sediaan di rumah (home-made) digalakkan melayari aplikasi Food Safety Information System of Malaysia (FoSIM).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah Melaka, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, menerusi FoSIM pengguna dapat mengenal pasti sama ada makanan yang dijual itu memenuhi keperluan amalan kebersihan bagi mengelakkan berlakunya keracunan makanan.

Menurutnya, sebagai negeri pelancongan, kerajaan negeri mengambil berat tentang kualiti dan tahap keselamatan makanan home-made yang dijual di Melaka.

“Mana-mana pengguna yang datang ke negeri ini, sebelum hendak beli makanan daripada pengusaha beroperasi di rumah, mereka disaran menilai sama ada peniaga berdaftar atau tidak dengan FoSIM.

“Jika tidak berdaftar, ada kemungkinan besar makanan disediakan pengusaha di rumah tidak dijamin daripada segi keselamatan kerana mereka tidak mendapatkan pelalian vaksin anti-tifoid yang kita tahu dapat mengelakkan keracunan makanan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia peringkat negeri dan Anugerah Medan Selera Bersih, Selamat dan Sihat di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Muhamad Akmal berkata, meskipun ia tidak diwajibkan tetapi penyenaraian itu dapat memberi pilihan kepada pengguna memilih produk makanan yang bersih dan terjamin.

Tambahnya, hanya tiga syarat diperlukan iaitu berdaftar dengan FoSIM secara percuma, mendapatkan pelalian vaksin anti-tifoid dan menjalani latihan pengendalian makanan dari sekolah latihan pengendali makanan diiktiraf Kementerian Kesihatan (KKM). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI