fbpx

Mumtazah Syahiidah sedia tuai emas menembak berganda Sukma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUMTAZAH yakin mampu melakukan terbaik dalam acara 10m air pistol hari ini meskipun terpaksa berdepan atlet kebangsaan yang juga pemegang rekod, Nurul Syasya. - FARIZ RUSADIO

ATLET menembak Johor, Mumtazah Syahiidah Shamsuri tekad memburu emas kedua pada Sukan Malaysia (Sukma) MSN 2022 selepas merangkul emas dalam acara 25 meter (m) sport pistol wanita kelmarin.

Penembak berusia 18 tahun tersebut yakin mampu mela­kukan yang terbaik dalam acara 10m air pistol hari ini meskipun terpaksa berdepan atlet kebangsaan, Nurul Syasya Nadiah Mohd. Arifin yang juga pemenang pingat emas Sukan SEA Hanoi.

Tegas Mumtazah, dia tidak memikirkan soal status rakan senegerinya itu apabila optimis mampu melakukan kejutan dalam acara 10m air pistol yang juga acara kegemarannya.

“Saya telah melakukan persiapan yang baik untuk Sukma kali ini dan saya gembira dapat meraih pingat emas dalam acara 25m sport pistol.

“Saya akui saingan pasti sengit terutama pencabar dari negeri-negeri lain. Saya harap kemenangan ini dapat membantu untuk terus konsisten menjelang acara 10m air pistol nanti.

“Saya tahu ia bukan mudah tetapi saya yakin mampu melakukan dengan lebih baik meskipun Syasya adalah pemegang rekod kebangsaan dalam acara tersebut.

“Menjelang aksi esok (hari ini) saya tidak memikirkan apa-apa kerana sasaran saya adalah emas. Saya tahu kemampuan diri saya pada Sukma kali ini kerana saya pernah lakukan 570 mata pada 2020,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Nurul Syasya adalah peme­gang rekod bagi acara 10m air pistol individu dengan catatan 574 mata dan juga memegang rekod Sukma dengan bidikan 562 mata bagi acara sama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI