fbpx

Majlis doa selamat di tanah perkuburan meriah, siap ada pelamin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan suasana meriah sekitar majlis doa selamat yang dipercayai berlaku di negara seberang.

PETALING JAYA – Tular sebuah video memaparkan suasana meriah sekitar majlis doa selamat yang diadakan di kawasan tanah perkuburan sehingga menjadi persoalan dalam kalangan pengguna media sosial apabila keadaannya seolah-olah seperti kenduri kahwin.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku di negara seberang baru-baru ini.

Menerusi video yang dikongsikan pengguna Twitter, Malegue Arrasyid, dapat dilihat beberapa khemah yang lengkap dihias dengan gubahan bunga serta lampu hiasan turut disediakan buat para tetamu.

Lebih menghairankan, suasana yang disajikan tidak seperti kebiasaan majlis doa selamat sehingga menimbulkan tanda tanya mengenai tujuan majlis tersebut yang dikatakan terlalu keterlaluan dan pelik bagi masyarakat di negara lain.

“Siap ada pelamin, tapi tempatnya di kawasan kubur,” ciapnya.

“Pelik-pelik ajarannya, ini kalau lalu tak tahu majlis apa memang ingat kenduri kahwin, sekali pandang, penuh kubur bawah khemah,” kata Salina.

Sementara itu, menurut seorang pengguna Twitter yang lain, Iqbal Ayman, katanya kebiasaan majlis tersebut diadakan bertujuan mendapatkan keberkatan di makam para ilmuan.

“Biasanya ini di Indonesia, mereka nak ambil berkat di makam para wali atau ulama dekat sana. Cuma ini terlalu berlebihan,” ciapnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI