fbpx

Mahkamah: Pernyataan saksi pembelaan relevan sebagai keterangan – peguam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pernyataan bertulis bekas pegawai kanan tentera yang dikemukakan pada perbicaraan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi disifatkan relevan dan wajar diterima masuk sepenuhnya oleh Mahkamah Tinggi di sini sebagai keterangan.

Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik berhujah, pernyataan Mejar Jeneral (B) Datuk Fadzlette Othman Merican Idris Merican penting bertujuan mencabar kredibiliti dan perlakuan bekas Setiausaha Eksekutif Ahmad Zahid, Mejar Mazlina Mazlan@Ramly.

Hujah beliau, Fadzlette merupakan saksi pembelaan bebas dan keterangan beliau material bagi menunjukkan perlakuan Mazlina yang disifatkan cuai, enggan menurut perintah dan membelakangkan arahan yang diberikan.

Sehubungan itu, Hisyam berhujah, pernyataan bertulis Fadzlette tidak sepatutnya dipadam dan wajar diterima keseluruhannya dalam perbicaraan tersebut selagi keterangannya relevan bagi menyanggah kredibiliti Mazlina.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran berhujah, tiada bukti yang menunjukkan Mazlina bertindak berat sebelah dan mempunyai niat tidak baik terhadap bekas ketuanya sendiri.

Hujah beliau, Mazlina sudah disoal balas ketika kes pendakwaan berhubung kredibilitinya dan sama ada beliau saksi yang boleh dipercayai atau sebaliknya, akan ditentukan oleh hakim bicara pada akhir perbicaraan kelak.

Semalam, Raja Rozela memohon perenggan 16 hingga 30 dalam pernyataan bertulis Fadzlette dipadam kerana ia dilihat sebagai satu lagi percubaan untuk menggugat kredibiliti Mazlina yang merupakan salah seorang saksi utama pendakwaan dalam kes tersebut.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah menetapkan esok bagi keputusan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI