JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan perbuatan seorang lelaki meninggalkan kekasihnya yang pengsan semasa merajuk di sebuah kafe, lapor laman berita Suara.com.
Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @jatimku.
Rakaman memaparkan senario seorang wanita bertudung warna coklat bertengkar dengan teman lelakinya di sebuah kafe.
Gadis itu berbalah dengan teman lelakinya yang sedang berkumpul bersama rakan-rakannya.
Lelaki itu sempat mengelak apabila wanita itu cuba memukulnya di muka. Sejurus selepas itu, teman wanitanya pengsan dan rebah ke tanah.
Lelaki itu bukan sahaja tidak membantu kekasihnya, malah segera meninggalkan tempat kejadian. Beberapa pengunjung lain hanya menyaksikan kejadian tersebut.
Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Maksudnya lelaki itu tidak sayang,” kata seorang netizen.
“Tidak semua perempuan merajuk mahu dipujuk. Mungkin perlukan masa sendirian,” komen netizen lain. – AGENSI