fbpx

Korea Selatan ‘basuh’ pemain negara – Hassan Sazali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD kebangsaan mendapat pengajaran berguna sepanjang tiga perlawanan Kumpulan E terutamanya ketika menentang Korea Selatan pada kelayakan Piala Asia B-20 2023. - AFC

PENGENDALI skuad Bawah 19 Tahun (B-19) negara, Hassan Sazali Waras akui pemainnya mendapat pengajaran berguna sepanjang tiga perlawanan Kumpulan E kelayakan Piala Asia B-20 2023.

Selain gagal melunaskan sasaran enam mata pada dua perlawanan awal, layangan kad merah yang dikutip pemain negara pada pertemuan dengan Korea Selatan, kelmarin menyerlahkan jurang kualiti diantara pemain negara dan Taegeuk Warriors.

Selain jurang kualiti individu yang dimiliki Korea Selatan, Hassan juga seakan mengakui gergasi Asia itu memiliki barisan pemain yang kuat daripada segi ketahanan mental.

“Korea Selatan memang berhak untuk dapatkan kemenangan ini kerana mereka adalah pasukan bagus dan dibarisi pemain berkualiti. Jurang gol 6-2 juga mengecewakan saya kerana kami sebenarnya cuba mendapatkan slot ke pusingan akhir sebagai lima naib juara terbaik.

“Kita cuba padatkan pertahanan dan taktikal serangan balas juga membuahkan hasil. Tetapi Korea Selatan miliki pemain berkualiti dan sentiasa mengatur serangan.

“Apa pun, selepas terpaksa bermain 10 orang, semua taktikal yang diatur tidak lagi mampu dilaksanakan,” katanya.

Sebelum ini, harapan besar Hassan untuk membuka kempen kelayakan dengan tiga mata tidak kesampaian apabila sekadar seri 1-1 dengan Mongolia sebelum bangkit raih kemenangan 3-0 ke atas Sri Lanka.

Bagaimanapun kemenangan 6-0 Mongolia ke atas Sri Lanka menolak Malaysia ke kedudukan ketiga Kumpulan E, sekali gus meranapkan impian layak ke pusingan akhir Piala Asia B-20, tahun depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI