fbpx

Jengkaut, rangka dan baju dijumpai di lokasi runtuhan tapak kuari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan runtuhan tapak kuari dekat Keramat Pulai, Ipoh pada Mac lalu.

IPOH – Satu jengkaut dan rangka tulang dipercayai manusia ditemui di lokasi dua mangsa tertimbus runtuhan batu di tapak kuari dekat Keramat Pulai di sini pada Mac lalu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Azmi Osman berkata, jengkaut berkenaan dijumpai pada pukul 11.45 pagi tadi diikuti beberapa tulang dan baju sekitar pukul 12.30 tengah hari.

“Ada penemuan satu jengkaut, baju dan tulang rangka dipercayai manusia. Buat masa sekarang, kita belum mengetahui tulang itu milik siapa (mangsa yang mana),” katanya di sini hari ini.

Kejadian runtuhan batu di tapak kuari pada 8 Mac lalu sekitar pukul 9.15 pagi mengakibatkan dua mangsa tertimbus iaitu Itam Lasoh, 43, dan Kheow Loo Siew Soon, 49.

Seorang lagi mangsa berusia 35 tahun yang mengalami patah tulang kaki dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan manakala rakannya berusia 38 tahun cedera ringan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI