fbpx

Gandingan Gilbert-Julfaddli raih emas walaupun berlatih sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GANDINGAN Gilbert dan Julfaddli mencerian Kontinjen Sabah apabila meraih emas dalam acara 3m papan anjal seirama lelaki pada Sukma MSN 2022 hari ini. - AMIR KHALID

PENGALAMAN luas di peringkat antarabangsa membolehkan Gabriel Gilbert Daim tidak berdepan masalah untuk meraih pingat emas 3 meter (m) papan anjal seirama lelaki pada Sukan Malaysia (Sukma) MSN 2022.

Gabriel pernah meraih pingat perak pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 bersama Muhammad Syafiq Puteh dalam acara berkenaan dengan catatan 376.77 mata pada aksi final di Pusat Akuatik Sandwell bulan lalu.

Walaupun kali ini berbeza gandingan, ia dilihat bukan masalah besar buat Gabriel, 20, apabila mengungguli 3m papan anjal Sukma 2022 bersama Julfaddli Jali di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil semalam.

“Saya tidak pernah berlatih dengan Julfaddli sebelum ini kerana dia di Sabah, manakala saya pula di Kuala Lumpur bersama skuad kebangsaan.

“Kami cuma ada masa sehari untuk berlatih apabila Julfaddli tiba di Kuala Lumpur dua hari lalu. Bukan mudah sebenarnya untuk dapatkan persefahaman bagi acara seirama.

“Saya ikut rentaknya dalam latihan. Setiap penerjun ada cara yang berbeza ketika melakukan lompatan, jadi hari ini kami cuba lakukan yang terbaik,” katanya.

Julfaddli pula mengakui teruja kerana dia menimba pengalaman berharga dapat bergandingan bersama Gabriel yang juga pernah meraih pingat perak 3m papan anjal pada Sukan SEA Hanoi 2021.

Gandingan Sabah itu meraih emas dengan 317.37 mata diikuti pemenang perak dari Wilayah Persekutuan, Nurqayyum Nazmi-Yong Rui Jie (308.40 mata) dan pasangan Sarawak, Elvis Priestly-Soh Tze Kang di tempat ketiga (303.84 mata). – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI