fbpx

Ahmad Dzaffir kini Ketua Polis Negeri Sembilan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azri (tengah), menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Negeri Sembilan di IPK Seremban, hari ini.-Foto MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN

SEREMBAN – Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan menyaksikan pelantikan Ketua Polis Negeri baharu, Deputi Komisioner Polis (DCP) Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof bagi menggantikan Datuk Ruslan Khalid berkuat kuasa hari ini.

Ahmad Dzaffir yang merupakan bekas Komandan Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur akan menggantikan Ruslan yang akan bersara wajib selepas lima bulan berkhidmat di Negeri Sembilan.

Majlis serah terima tugas disaksikan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad di IPK Negeri Sembilan di sini hari ini.

Turut berlangsung majlis serah terima tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) negeri antara Datin Rohayah Harun dengan Deputi Superitendan Erny Yusnida Che Yusoff.

Ahmad Dzaffir ketika ditemui berharap dapat menjalankan tugas seperti mana fokus yang ditekankan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani iaitu memperkasakan integriti, memperkasakan penyampaian perkhidmatan dan mendokong dasar-dasar kerajaan untuk kesejahteraan masyarakat.

“Menjadi fokus saya untuk membanteras aktiviti bersindiket seperti judi, dadah dan ‘scam’ yang mana kita tahu ‘scam’ menjadi trend terkini sejak Covid-19 dan melibatkan kerugian berjuta-juta ringgit,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI