fbpx

Culik, bunuh remaja kerana didakwa curi rantai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kraisiri ditemui di dalam garaj di rumahnya dalam keadaan tangan diikat dengan tali serta mempunyai kesan lebam di seluruh badannya. – Thaiger

BANGKOK – Seorang remaja berusia 14 tahun diculik sebelum dibunuh di wilayah Chon Buri, Thailand kerana didakwa mencuri seutas rantai emas dan sejumlah wang tunai, lapor laman berita Thaiger kelmarin.

Tiga suspek telah ditahan kerana mempunyai kaitan dengan kes tersebut, manakala seorang lagi masih diburu.

Sabtu lalu, mayat mangsa yang dikenali sebagai  Kraisiri ditemui di dalam garaj di rumahnya di daerah Bang Lamung dalam keadaan tangan diikat dengan tali serta mempunyai kesan lebam di seluruh badan.

Bapa saudara mangsa, Den Sintusa memberitahu polis bahawa dia ada mendengar bunyi bising di luar rumah kira-kira pukul 2 pagi (waktu tempatan).

Apabila memeriksa keadaan, dia melihat sekumpulan lelaki menyerang anak saudaranya dengan seorang daripada mereka mendakwa bahawa remaja berkenaan mencuri rantai emas seberat 15 gram dan wang tunai berjumlah 3,000 baht (RM370).

Mereka mendakwa menyerang mangsa bagi meminta kembali barangan yang dicuri selain ingin memberi pengajaran kepadanya.

Den berkata, kumpulan lelaki tersebut kemudian menculik Kraisiri dan memecut laju menggunakan sebuah motosikal roda tiga sambil menambah, dia tidak melaporkan insiden tersebut kepada polis kerana tahu mangsa mencuri rantai tersebut.

Jiran-jiran kemudian melaporkan kejadian itu kepada polis selepas melihat pelaku-pelaku menghumban mangsa yang dalam keadaan tidak sedarkan diri di garaj rumahnya.

Suspek mengaku mereka menendang mangsa namun mendakwa tidak bermaksud untuk membunuhnya. Mereka turut memberitahu bahawa mangsa mengaku dia mencuri rantai dan wang tunai, namun tidak mendedahkan lokasi barangan itu disembunyikan.

Polis merampas motosikal roda tiga itu yang mempunyai kesan darah serta tali yang digunakan untuk mengikat mangsa. Peralatan untuk menagih dadah turut ditemui dalam kenderaan tersebut.

Menurut polis, Kraisiri masih hidup ketika dia dihumban ke dalam garaj, namun meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami tidak lama selepas itu. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI