fbpx

Cuepacs mohon kerajaan laksana segara SSPA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adnan Mat

PETALING JAYA – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (Cuepacs) menggesa kerajaan menyegerakan perlaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) menerusi Bajet 2023 yang akan dibentangkan 7 Oktober depan.

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, ia selaras dengan komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mahu kajian segera dilakukan ke atas SSPA supaya ia boleh dilaksanakan dalam masa terdekat.

Beliau berkata, SSPA baharu perlu dilaksanakan segera dengan mengambil kira keseluruhan aspek modal insan melibatkan saraan dan perkhidmatan agar kekal relevan dengan keperluan semasa penjawat awam.

Jelasnya, pelaksanaan SSPA ini perlu merangkumi aspek gaji minimum yang baharu sesuai dengan peningkatan kos sara hidup semasa serta keperluan latihan dan pembangunan bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam.

“Kedua-dua perkara tersebut perlu selari bagi memastikan penjawat awam dapat menyampaikan sistem perkhidmatan awam dengan lebih berkesan kepada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Adnan berkata, pelaksanaan gaji minimum RM1,500 oleh sektor swasta berkuat kuasa 1 Mei lalu juga wajar diikuti sektor awam bagi mengimbangi keperluan semasa.

Menurutnya, Cuepacs yakin penetapan gaji minimum baharu untuk sektor awam dengan diikuti latihan dan pembangunan mampu meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat.

Pada masa sama, beliau turut berharap agar kerajaan dapat meluluskan dengan segera peruntukan tambahan bagi penebusan awal award wang tunai gantian cuti rehat (GCR).

“Cuepacs mendapati peruntukan setiap kementerian dan jabatan bagi menebus GCR 80 hari seperti yang telah dikuatkuasakan tidak mencukupi dan habis digunakan.

“Keperluan peruntukan tambahan perlu disegerakan bagi tujuan tersebut untuk memberi peluang kepada penjawat awam yang memerlukannya,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI