PETALING JAYA – Para pelanggan CIMB Malaysia disarankan agar tidak melakukan transaksi perbankan secara dalam talian buat sementara waktu.
CIMB Malaysia dalam kenyataan memaklumkan bahawa terdapat gangguan perkhidmatan sementara bagi mereka yang melakukan transaksi tersebut.
“Sementara kami berusaha untuk memulihkan perkhidmatan, kami sarankan anda untuk menangguh transaksi perbankan anda,” katanya di Facebook hari ini.
Bagaimanapun, rata-rata orang ramai meluahkan sedikit kekecewaan di atas kelewatan makluman berkenaan.
“Masalah bermula pukul 8.30 pagi, hubungi CIMB Careline semua sibuk. Pukul 11.30 pagi baru nak buat makluman,” seloroh wong.
“Sepatutnya beritahu lebih awal, saya sampai keluar pergi cawangan ingat kena ‘scam’. Tetapi sampai sekarang rupanya tak selesai lagi,” luah qe qe. – KOSMO! ONLINE