fbpx

Canelo Alvarez terpaksa berehat setahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALVAREZ (kanan) berjaya menewaskan Golovkin dalam pertarungan 12 pusingan untuk mengekalkan gelaran super middleweight kelmarin. – AFP

LAS VEGAS – Kemenangan Canelo Alvarez yang menewaskan Gennady Golovkin dalam trilogi pertarungan epik mereka kelmarin terpaksa dibayar de­ngan harga yang mahal apabila dia mengalami kecederaan.

Kemungkinan jaguh tinju berusia 32 tahun tersebut tidak dapat kembali ke gelanggang semula sehingga September tahun hadapan.

Jaguh tinju Mexico tersebut yang mengekalkan gelaran dunia super middleweight itu mendedahkan, dia bertarung menentang Golovkin dalam keadaan pergelangan tangan kiri yang cedera.

Bagaimanapun, kecederaan itu tidak menghalang Alvarez mengalahkan Golovkin dalam pertarungan 12 pusingan dengan keputusan sebulat suara para juri 116-112, 115-113, dan 115-113.

Canelo berkata, dia memerlukan pembedahan dan ia akan mengambil masa selama 12 ming­gu untuk menjalani proses pemulihan.

“Ia sangat menyakitkan dan saya mengalami kecederaan ini sejak pertembungan dengan Caleb Plant. Jadi, selepas ini saya perlukan pembedahan untuk kembali pulih.

“Kesakitan berpunca dari pergelangan tangan kanan saya. Saya menghadapi jadual latihan yang cukup padat dan tahun lepas saya bertarung empat kali dalam tempoh 11 bulan.

“Saya akan mengambil masa untuk berehat dan mungkin September saya akan kembali. Buat masa saya ini saya tidak tahu bila saya akan kembali tapi berharap ia akan lebih cepat,” katanya.

Kecederaan Canelo menyebabkan perlawanan semulanya dengan Dmitry Bivol yang mengalahkannya pada Mei lalu ditangguhkan buat sementara waktu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI