fbpx

Bilal mahu pencuri tabung masjid tampil mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah menunjukkan gambar pelaku yang didakwa mencuri tabung masjid ketika ditemui di Masjid Kariah Tanah Datar kelmarin.

REMBAU – Seorang individu yang dirakam mencuri tabung Masjid Kariah Tanah Datar, Chengkau kelmarin diminta tampil berunding dan meminta maaf tanpa melibatkan polis.

Bilal masjid, Hamzah Moha­mad, 63, berkata, beberapa ahli jawatankuasa masjid mengambil keputusan untuk tularkan rakaman video serta wajah pelaku berkenaan yang insidennya berlaku pada 11 September lalu, namun mahu lelaki berkenaan tampil ke masjid itu jika individu itu benar-benar ada masalah perlukan wang.

“Mana tahu orang yang buat ni dalam keadaan tak tentu arah, ada masalah rumah tangga, perlukan wang, kita nak tanya apa masalah dia, dia pun boleh minta maaf dengan pihak masjid. Kita cari penyelesaian tanpa mengambil tindakan undang-undang.

“Ikutkan bulan lepas ada juga kes kecurian duit dari tabung masjid dan kita difahamkan pelakunya sudah pun ditangkap di Johor baru-baru ini. Kali ini kita cuba selesaikan sendiri,” katanya ketika ditemui di Masjid Kariah Tanah Datar, di sini semalam.

Ujar Hamzah, dia sudah memegang jawatan menjaga tabung masjid sejak tiga tahun lalu dan sepanjang tempoh tersebut, dia telah menukar mangga kecil.

Ujarnya, langkah itu bagi memastikan tabung tidak rosak serta memerlukan kos lebih untuk dibaiki dan hanya duit sahaja yang hilang.

“Kejadian terbaharu ini, kita pun ambil masa tiga hari lihat rakaman televisyen litar tertutup. Kita fikir pelaku buat waktu malam, rupa-rupanya hari siang.

“Saya hanya sedar kejadian itu semasa ingin kutip duit tabung selepas waktu isyak, Ahad lalu dan mendapati mangga tabung sudah dipecahkan,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, bagi kes itu, pihak­nya tidak me­nerima apa-apa laporan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI