PETALING JAYA – Amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang kekal dikeluarkan melibatkan negeri di utara Semenanjung sehingga pukul 3 petang hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan di Facebook sebentar tadi memaklumkan, cuaca buruk tersebut diramal berlaku di negeri Perlis melibatkan kesemua daerah serta beberapa kawasan di Kedah.
“Antaranya adalah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan dan Pendang,” katanya hari ini.
Sementara itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran sama bagi negeri Sarawak temasuklah sekitar Kuching, Serian, Samarahan, Miri (Marudi) dan Limbang (Limbang) sepanjang tempoh tesebut.
Terdahulu, MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca buruk di Kedah (Langkawi, Kota Setar, Yan dan Kuala Muda) serta keseluruhan negeri Pulai Pinang pagi tadi. – KOSMO! ONLINE.