fbpx

UPSI cipta rekod Malaysia bina struktur terumbu glob terbesar di dasar laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Md. Amin ( tengah, kanan), menerima sijil Malaysia Book of Records sambil disaksikan Norkhalid ( tujuh, kanan) dan Siti Hartini (empat, kanan) di Taman Laut Pulau Redang.

PETALING JAYA – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berjaya menempa nama dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) dengan pembinaan struktur glob terbesar di Pusat Taman Laut Pulau Redang, Terengganu hari ini.

Struktur terumbu glob ketinggian tiga meter dengan berat melebihi satu tan itu diturunkan ke dasar laut oleh seramai 10 alumni diketuai Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff yang juga merupakan alumni UPSI.

Md. Amin berkata, sebagai institusi pendidikan keramat, UPSI terbina daripada sebuah semangat perjuangan pendidikan.

Para penyelam alumni UPSI bersama struktur terumbu glob terbesar di Taman Laut Pulau Redang, Terengganu.

“Kejayaan ini membuktikan kecintaan kami para alumni terhadap UPSI,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Norkhalid Salimin berkata, dengan adanya struktur glob baharu itu sekali gus membantu Jabatan Perikanan dalam usaha pemuliharaan terumbu karang.

“Ini kerana, kebanyakan hidupan di taman laut telah musnah sebelum ini akibat Taufan Pabuk sekitar Januari 2019,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI