fbpx

Son Heung-min kembali temui sentuhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HEUNG-MIN menamatkan kemarau jaringan apabila meledak hatrik ketika Spurs menewaskan Leicester awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Penyerang Tottenham Hotspur, Son Heung-min menjawab segala kritikan ekoran prestasi hambarnya musim ini dengan meledak hatrik ketika pasukannya menewaskan Leicester City 6-2 awal pagi semalam.

Pemain antarabangsa Korea Selatan itu berjaya meledak tiga gol terakhir Spurs dalam tempoh 13 minit bermula minit ke-73 dan gol kedua pada minit ke-84, manakala dia melengkapkan hatrik kira-kira dua minit kemudian.

Pada aksi berkenaan, Spurs terlebih dahulu ketinggalan menerusi sepakan penalti Youri Tielamans sebelum Harry Kane dan Eric Dier meletakkan pasu­kan itu di hadapan, namun James Maddison menutup babak pertama dengan gol penyamaan.

Dua minit babak kedua bersambung, Rodrigo Bentancur kembali meletakkan Spurs di hadapan sebelum Heung-min menutup malam cemerlang skuad kendalian Antonio Conte dengan tiga gol berkenaan.

“Saya sangat kecewa dengan prestasi sendiri biarpun pasukan bermain dengan baik sebelum ini. Saya tahu bahawa masanya akan tiba, sebab itu saya tidak bimbang. Saya sentiasa memiliki sokongan hebat peminat, rakan sepasukan dan para jurulatih,” katanya.

Kemenangan itu menyaksikan Spurs kini berkongsi 17 mata dengan pendahulu, Manchester City untuk berada di kedudukan kedua walaupun mungkin akan dipintas Arsenal.

Sementara itu, malang buat Leicester apabila mereka kini menghuni tangga tercorot liga selepas berdepan enam kekalahan berturut-turut dan hanya ­meraih satu mata hasil keputusan seri menentang Brentford pada aksi pembukaan liga sebelum ini.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI