SUPERMODEL jelita Kendall Jenner mengakui berasa sangat penat selepas mula berkecimpung dalam dunia peragaan sebagai model sejak berusia 14 tahun.
Menerusi temu bual bersama podcast On Purpose, Jenner berkata, jadual hariannya mula menjadi padat selepas menandatangani kontrak bersama dua jenama antarabangsa terkenal iaitu Calvin Klein dan Chanel ketika berusia 19 tahun.
“Saya mula bekerja pada usia 14 tahun dan merasai kepenatan pada umur 19 tahun. Sejak menjadi model pada usia remaja, saya sudah tidak punya masa untuk melakukan aktiviti harian seperti yang dilakukan oleh gadis seusia saya.
“Saya berasa sangat penat dan perlu melakukan sesuatu supaya saya dapat berehat,” katanya.
Ujar model yang kini berusia 25 tahun itu, dia berasa tidak gembira dengan kehidupannya sebagai model walaupun dilimpahi dengan kemewahan dan populariti.
“Saya berasa tidak bahagia dengan kerjaya sebagai model. Saya kehilangan banyak perkara termasuk waktu untuk bergembira bersama rakan sebaya,” jelasnya.