fbpx

Moga Shuk jadi bapa yang baik – Rossa Sera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARAPAN Sera agar Shuk menjadi bapa yang baik untuk anak-anaknya.

PETALING JAYA – Perkongsian video isteri kepada pelawak dan juga pengacara Shuk Sahar, Rossa Sera dalam InstaStory miliknya memberi bayangan seolah-olah kehidupan rumah tangganya bersama suaminya masih lagi baik dan damai.

Dalam perkongsian tersebut, Rossa atau nama lengkapnya Rossalennah Natassyiah Assahaferah memuat naik video menunjukkan Shuk sedang memeluk dua orang anaknya ketika berada di lapangan terbang sebelum berangkat menunaikan ibadah umrah baru-baru ini.

“GF (teman wanita) Shuk,” tulis Sera merujuk kepada anak-anaknya yang dianggap sebagai ‘kekasih’ kepada Shuk.

Lebih menarik perhatian apabila Sera turut menitipkan doa kepada lelaki itu menerusi sekeping foto ketika Shuk berada di hadapan Kaabah di tanah suci Mekah.

“Kepada Shuk Sahar, jaga diri. Doa banyak-banyak di sana (Mekah). Jadi ayah yang baik. Amin,” tulis Rosa sambil meninggalkan emoji wajah dengan mata berbentuk hati.

Status rumah tangga antara Shuk dan juga Sera sehingga kini bagaimanapun masih menjadi tanda tanya ramai selepas kedua-duanya mengambil pendekatan mengunci mulut tentang status rumah tangga mereka.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Shuk atau nama lengkapnya Shukri Mohamed Sahar telah menimbulkan spekulasi ramai selepas berkongsi sebuah video memaparkan kehadirannya di sebuah mahkamah pada Julai lalu.

Manakala Sera pula tampil memuat naik sebuah video seakan-akan mengiayakan dakwaan mereka sudah pun berpisah.

“#akubukanjodohnya #akutitipkandialanjutkanperjuanganku #semogadipermudahkansegalanya,” tulis Shuk sebagai kapsyen video tersebut.

Untuk info, Shuk dan Sera telah mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Nur Qurratu Ain, 5 dan Nur Assyifatu Aimi yang kini berusia dua tahun. – KOSMO! ONLINE

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI