fbpx

Misi kejutkan Korea Selatan gagal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD negara gagal mengimbangi kekuatan Korea Selatan selepas tewas 2-6 pada aksi kelmarin. – FB FAM

HAJAT besar skuad bawah 19 Tahun (B-19) negara untuk mengejutkan Korea Selatan pada perlawanan terakhir Kumpulan E saingan kelayakan Piala Asia B-20 2023 lebur apabila tunduk 6-2 di Stadium MFF semalam.

Sekalipun mempamerkan semangat juang tinggi untuk cuba beri tentangan, jurang kualiti dan kematangan pemain jelas jadi pemisah buat kedua-dua pasukan dengan menyaksikan Lee Young-jun mencipta sensasi apabila melakar hatrik.

Skuad negara memulakan permainan dengan agak positif apabila berjaya mengekang asakan lawan dan mampu mencipta gerakan berbahaya sepanjang 30 minit pertama, namun sebaik memasuki minit ke-34, Young-jun akhirnya meledak gol pertama buat Korea Selatan.

Lima minit selepas babak ke­dua bersambung, Bae Jun-ho menambah gol kedua Korea Selatan, namun pada minit ke-55, Adam Farhan kembali menghidupkan perjuangan negara apabila meledak gol pertama.

Bagaimanapun, keceriaan itu hanya bertahan dua minit, kali ini giliran ketua pasukan Taegeuk Warriors, Lee Seung-won mencipta nama selaku penjaring dan situasi negara makin tertekan apabila Muhammad Ubai­dullah Shamsul diarahkan keluar padang kerana menerima kad ­kuning kedua.

Aksi bertambah menarik apabila Aliff Izwan Yuslan meledak gol kedua negara pada minit ke-69, namun selepas itu, Korea Selatan menambah tiga lagi gol ha­sil jaringan Young-jun pada minit ke-74 dan 81 sebelum Seung-won melengkapkan gol keenam menerusi sepakan penalti (m-88).

Keputusan itu menyaksikan skuad negara hanya mengumpul empat mata daripada tiga perlawanan selepas terikat 1-1 menentang Mongolia dan meraih kemenangan ke atas Sri Lanka 3-0 sebelum ini.

Ia sekali gus memberi kesukaran buat skuad kendalian Hassan Sazali Waras bagi mela­yakkan diri ke pusingan akhir kejohanan yang akan berlangsung di Uzbekistan Mac tahun depan.

Hanya lima pasukan di tempat kedua terbaik daripada 10 kumpulan akan layak ke pusi­ngan akhir berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI