fbpx

Mekanik maut, rakan cedera parah kemalangan di LPT 2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Motosikal jenis Honda RSX FS150 yang dinaiki Muhammad Hanif dan Mohammad Aiman Firdaus yang terlibat dalam kemalangan maut di KM 294.2 LPT 2 berhampiran Kijal di sini hari ini.

KEMAMAN – Seorang mekanik maut manakala rakan sekerjanya cedera parah apabila motosikal jenis Honda RSX FS150 dinaiki mereka terbabas di Kilometer 294.2 Lebuhraya Pantai Timur 2 berhampiran Kijal, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, Muhammad Hanif Hashim, 24, berasal dari Kampung Benting Lintang, Besut meninggal dunia di lokasi kejadian ekoran kecederaan parah pada bahagian kepala.

Rakannya, Mohammad Aiman Firdaus Nor Hisam,19, berasal dari Gemas, Negeri Sembilan, yang membonceng motosikal pula cedera parah pada bahagian peha kiri.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, ketika kejadian, kedua-dua mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda RSX FS150 dikatakan sedang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk bekerja selepas bercuti di Kuala Terengganu.

“Siasatan awal mendapati, setibanya di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggang Muhammad Hanif tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke kiri lebuh raya sebelum terlanggar besi penghadang jalan.

“Insiden itu menyebabkan Muhammad Hanif tercampak kira-kira 10 meter dan terjatuh di bahu jalan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Hanyan berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut, manakala rakannya turut dikejarkan ke unit kecemasan hospital sama untuk menerima rawatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI