fbpx

Mat Kilau jadi Mat Sakau, ini respons Adi Putra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADI menyifatkan tindakan individu yang mengubah nama filem Mat Kilau sebagai tidak matang dalam berpolitik.

PETALING JAYA – “Terima kasih promosi gambar saya dan filem asal.”

Itulah respons berbaur sinikal pelakon terkenal, Datuk Adi Putra selepas fotonya bersama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disunting menjadi poster promosi filem sensasi, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.

Selain foto, nama dan deskripsi filem juga disunting menjadi Mat Sakau (penerima wang haram).

“Selepas menyeleweng jutaan ringgit, bekas Perdana Menteri Menteri Najib Razak akhirna dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman selama 12 tahun.”

Foto yang disunting oleh pereka grafik dan aktivis popular, Fahmi Reza itu mendapat turut mendapat perhatian Adi yang berpendapat cara berpolitik sebegitu sebagai tidak matang.

“Berpolitiklah secara matang @kuasasiswa.

“Apa pun terima kasih kerana mempromosi gambar saya dan filem asal,” katanya dalam satu hantaran Instagram.

Adi atau nama penuhnya Hadi Putera, 41, turut menyindir individu tersebut mengenai perbezaan akal dan nafsu dalam sesuatu tindakan.

“Allah SWT adalah kekuatan kita. Jika ingin mencari kekuatan, carilah Allah.

“Itulah perbezaan antara akal dan Nafsu. Al-Fatihah buat Allahyarham Mat Kilau Imam Rasu, takbir!” ujarnya.

Difahamkan, foto Adi bersama Najib itu diambil ketika hadir menonton filem tersebut sekitar Julai lalu.

Sejak beberapa hari lalu, filem arahan Syamsul Yusof itu tular dan menjadi bahan kecaman netizen khususnya dalam Twitter.

Rata-rata netizen yang baru pertama kali menonton karya terbitan Studio Kembara tersebut menerusi Netflix tampil dengan komen-komen negatif, kebanyakannya menyentuh aspek kualiti naskhah berkenaan.

Selain itu, Syamsul semalam dalam stau kenyataan tidak terasa hati dengan semua komen negatif yang diberikan terhadap filem tersebut.

Dia bahkan mengakui menjadi pengarah paling gembira dan berterima kasih kerana setiap respons, baik atau buruk membuatkan filem Mat Kilau kembali tular dan meraih tontonan tinggi dalam Netflix.

Sehingga hari ini, kutipan filem Mat Kilau berjaya meraih sebanyak RM97 juta hasil tayangan di tiga buah negara iaitu Malaysia, Brunei dan Singapura. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI