fbpx

Mangsa kebakaran Kampung Cina ditawar lot perniagaan sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hanafiah (empat dari kiri) menyampaikan bantuan segera kepada salah seorang mangsa kebakaran di Kampung Cina, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seramai 12 peniaga yang menjadi mangsa kebakaran di Kampung Cina di sini semalam bakal ditawarkan lokasi perniagaan sementara di Pasar Besar Kedai Payang di sini pada masa terdekat.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu, Hanafiah Mat berkata, ia membolehkan mereka yang terdiri daripada pengusaha kedai emas, kedai membaiki kunci, kedai kain dan restoran dapat meneruskan kelangsungan perniagaan mereka.

“Kerajaan negeri Terengganu telah berbincang dengan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bagi membenarkan mangsa kebakaran tersebut berniaga buat sementara di Pasar Besar Kedai Payang.

“Buat masa ini, kita tawarkan bantuan wang tunai RM25,000 untuk mereka membina semula premis perniagaan atau menerima rumah baharu bernilai RM60,000 di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) ,” katanya selepas meninjau kesan kebakaran tersebut di Kampung Cina di sini hari ini.

Terdahulu 12 rumah kedai itu musnah dalam kebakaran yang telah menyebabkan kerugian jutaan ringgit pada pukul 8.45 malam semalam.

Begitu pun, Hanafiah mengakui kajian lanjut perlu dilakukan kerana sebahagian daripada 12 rumah kedai terbakar itu dibina di atas tanah kerajaan.

Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan laporan terperinci sebelum sebarang keputusan penyerahan bantuan dilakukan.

“Apa pun, kesemua mangsa kebakaran masing-masing telah diberi bantuan awal sebanyak RM1,000,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI