fbpx

Mahkamah: Pendakwaan bantah keterangan saksi pembelaan Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (tengah) ketika hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. FOTO/SHIDIQQIN ZON

KUALA LUMPUR – Pihak pendakwaan membantah keterangan saksi pembelaan kes Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan dana Yayasan Akalbudi di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Ketika prosiding semasa pernyataan saksi itu mula dikemukakan di mahkamah, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran telah mengemukakan bantahan terhadap perenggan 16 hingga 30 dokumen berhubung pernyataan saksi itu.

Saksi pembelaan kedua itu ialah, Mejar Jeneral (B) Datuk Fadzlette Othman Merican Idris Merican.

Perenggan-perenggan itu antaranya menyentuh mengenai saksi pendakwaan ke-90 iaitu bekas Setiausaha Eksekutif Mejar Mazlina Mazlan @ Ramly, yang dianggap bertujuan merosakkan kredibiliti saksi pendakwaan itu.

Raja Rozela berkata, mahkamah mempunyai kedudukan dan kuasa untuk mengarahkan supaya sebahagian keterangan itu ditolak dengan alasan tidak relevan dan tidak boleh diterima kerana hanya mengandungi isu sampingan.

“Hakim ada kuasa untuk mengawal apa yang boleh diterima dan tidak, keterangan saksi mestilah relevan dan berkait kepada fakta, tetapi dalam kes ini, ia hanya keterangan sampingan dan fakta sekunder yang yang tiada kaitan dalam isu perbicaraan ini.

“Keterangan mengenai Mejar Mazlina yang tidak boleh dipercayai dan berat sebelah berulang kali dibangkitkan dalam perbicaraan ini dan sudah pun dicabar pendakwaan ketika sesi soal balas,” katanya.

Mendengar bantahan itu peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Ahmad Zahid memohon diberikan masa sehingga esok supaya pihaknya boleh untuk meneliti dan menjawab hujahan pendakwaan.

Dalam perbicaraan sebelum ini, Ahmad Zahid berkata, Mazlina yang diamanahkan menjaga akaun yayasan dan akaun peribadinya, melakukan kecuaian ketika membuat transaksi pembayaran kad kredit miliknya.

Perbicaraan bela diri di hadapan Hakim di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung lagi esok.

Terdahulu, Ahmad Zahid memberitahu, beliau tidak pernah menyeleweng dana Yayasan Akalbudi untuk kepentingan peribadi, sebaliknya badan kebajikan itu diuruskan berdasarkan perlembagaan syarikat.

Presiden UMNO berkata, selaku pengasas yayasan, beliau tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan dana tersebut untuk melaksanakan aktiviti kerana pengendaliannya tertakluk kepada memorandum dan artikel persatuan (M&A).- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI