fbpx

Kecoh petugas media dihalang hampiri Jabatan Forensik HRPB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGAWAL keselamatan mengekori petugas media yang menggunakan tandas di Jabatan Forensik HRPB, Ipoh hari ini.

IPOH – Suasana pekarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini kecoh apabila petugas media yang hadir bagi membuat liputan proses tuntutan jasad juruterbang helikopter terhempas di Hutan Simpan Chikus, Bidor minggu lalu dihalang menghampiri bangunan berkenaan.

Beberapa pengawal keselamatan yang bertugas mendakwa mereka mendapat arahan daripada pihak atasan untuk berbuat demikian.

Lebih mengejutkan apabila petugas media yang mahu menggunakan tandas di blok bangunan Jabatan Forensik juga diekori dan ditunggu di luar pintu hingga selesai.

Sementara itu, Wartawan Astro Awani Perak, Abd. Razak Mohd. Ali melahirkan rasa terkilan dengan kejadian itu.

“Sebelum ini tidak pernah timbul masalah seperti ini, kali ini begitu teruk sehingga tidak dibenarkan masuk. Kami bukan mahu mengganggu hanya berada dipekarangan Jabatan Forensik sudah memadai.

“Pelik apabila kami dikawal rapi lima pengawal keselamatan, seolah-olah macam kami ini pesalah.

“Kami memahami tugas semua pihak tetapi jika dihalang, bagaimana kami dapat melaporkan berita yang sahih dan telus kepada masyarakat,” katanya.

Menurutnya, aduan telah diajukan kepada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak dan pihak hospital dalam mencari penyelesaian terbaik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI