fbpx

JBPM terima perolehan aset lebih RM291 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Reezal (tengah) ketika merasmikan Seminar Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (Pindaan) 2021 di Putrajaya tadi. FOTO- FAIZ ALIF

PUTRAJAYA – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima perolehan lebih RM291 juta bagi memperkukuhkan khidmat kebombaan dan penyelamatan di negara ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, perolehan yang diluluskan Kementerian Kewangan itu penting bagi memastikan JBPM setanding dengan keupayaan negara maju.

Beliau berkata, antara perolehan diluluskan termasuk enam buah bot bomba dan penyelamat bernilai RM15.5 juta, lima unit Urban Search and Rescue (USAR) bernilai RM7.5 juta dan 150 kereta bomba kompak (CFRT) bernilai RM145.8 juta.

“Perolehan lain termasuk pembangunan projek Command, Control, Communications, Computers and Intelligent (C4iFRDM) bernilai RM49 juta dan RM40 juta bagi pembangunan Fasa 3 Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur, Terengganu.

“Selain itu, kerajaan turut meluluskan permohonan bagi projek Pejabat Pangkalan Udara (MOB) Bomba di Subang bernilai RM33.6 juta,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Seminar Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (Pindaan) 2021 di sini hari ini.

Katanya, pemerkasaan aset bomba ini penting sebagai persediaan negara berdepan kekerapan bencana alam yang tidak diduga, kemalangan, dan kebakaran akhir-akhir ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI