fbpx

Jasad Ratu Elizabeth II disemadi di Istana Windsor hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman foto terakhir Elizabeth dua hari sebelum kemangkatan baginda semasa melantik Perdana Menteri Britain baharu, Liz Truss. - Getty Images

LONDON – Pemerintah Britain, Raja Charles III menyambut ketibaan pemimpin-pemimpin dunia yang mula tiba di kota London kelmarin, bagi menghadiri istiadat pengebumian Ratu Elizabeth II yang berlangsung hari ini.

Charles, raja tertua yang pernah menaiki takhta pada usia 73 tahun, menjadi tuan rumah kepada berpuluh-puluh tetamu kenamaan termasuk Presiden Joe Biden pada majlis di Istana Buckingham, petang semalam.

Semalam juga adalah hari terakhir yang diperuntukkan untuk rakyat jelata hadir ke Westminster Hall bagi memberi penghormatan kepada jasad Ratu Elizabeth II.

Pemimpin dunia termasuk Jacinda Ardern dari New Zealand, Anthony Albanese dari Australia dan Justin Trudeau dari Kanada yang merupakan Perdana Menteri dari negara-negara di mana Ratu Elizabeth bertindak sebagai ketua negara telah pun hadir memberi penghormatan di Westminster Hall.

Antara ketua negara yang dalam perjalan ke London pada petang kelmarin ialah Biden, Maharaja dan Maharani Jepun, Naruhito dan Masako dan Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Sementara itu dalam satu upacara pada petang kelmarin, pewaris takhta Britain, Putera William dan adindanya, Putera Harry mengetuai lapan cucu mendiang Ratu Elizabeth II dalam sesi bertafakur diraja selama 12 minit di sekeliling keranda.

Istiadat pengebumian yang berlangsung hari ini adalah yang pertama di Britain sejak kematian Perdana Menteri pertama di bawah pemerintahan Elizabeth, Winston Churchill pada 1965. Ia berlangsung di Westminster Abbey, London pada pukul 11 pagi (waktu tempatan).

Selepas majlis pengebumian, keranda ratu akan dipindahkan menggunakan kenderaan diraja ke Istana Windsor, barat London.

Ia akan diikuti dengan majlis pemakaman yang hanya dihadiri keluarga diraja, di mana  jasad Ratu Elizabeth II akan dimakamkan bersama mendiang suaminya, Putera Philip, ibu bapanya, Raja George VI dan Permaisuri Elizabeth I dan adindanya, Puteri Margaret.

Istiadat pemakaman hari ini menamatkan 11 hari perkabungan seluruh negara di Britain atas kemangkatan monarki berkenaan pada Khamis, 9 September. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI