fbpx

Dua bulan buka klinik gigi haram, wanita didenda RM25,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JIANG Jun Ying (kiri) didenda RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka kerana menjalankan operasi klinik pergigian haram.

MELAKA – Tindakan berani seorang wanita warga China membuka sebuah klinik pergigian secara haram membawa padah apabila didenda sebanyak RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini.

Hakim Nariman Badruddin menjatuhkan hukuman itu terhadap orang kena saman (OKS), Jiang Jun Ying, 33, yang mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, OKS didakwa menyediakan sebuah klinik pergigian swasta tanpa didaftarkan di bawah Seksyen 27, Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586).

Kesalahan itu dilakukan di sebuah premis bernombor di Jalan Laksamana Cheng Ho dalam daerah Melaka Tengah kira-kira pukul 3.25 petang pada 6 Disember 2018.

Bagi kesalahan itu, OKS didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta 586 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 5(1)(a) akta yang sama yang memperuntukkan denda maksimum RM300,000 atau penjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Setelah mendengar hujah kedua-dua belah pihak, Nariman kemudiannya menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM25,000 atau empat bulan penjara jika gagal berbuat demikian.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI