fbpx

Culik budak masuk dalam telekung?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar dua wanita yang didakwa cuba menculik kanak-kanak di sebuah pusat peranginan baru-baru ini.

PETALING JAYA – Berhati-hati ketika mengunjungi pusat peranginan terutamanya ketika membawa anak kecil kerana mudah terdedah kepada ancaman penculikan.

Satu perkongsian di media sosial Facebook Daily Traffic Report hari ini, satu kejadian penculikan hampir berlaku apabila dua wanita warga asing cuba menarik seorang budak ke dalam telekung atau jubah yang dipakai di sebuah pusat peranginan terkenal di Pahang.

Dalam perkongsian tersebut menyatakan, dua wanita yang disyaki warga Pakistan dan seorang dari Indonesia itu cuba menyorok seorang kanak-kanak ke dalam jubah dengan niat untuk menculik kanak-kanak terbabit.

Kejadian tersebut disedari oleh bapa kanak-kanak itu yang sedang bermain salah satu permainan yang ditawarkan di pusat peranginan tersebut.

“Bapa kanak-kanak ini berada di kawasan atas ketika bermain ‘roller coster’, anak bersama ibunya di bawah dan ketika itulah ada cubaan untuk menculiknya.

“Mujur bapa berasan dan terus menghubungi pihak keselamatan yang berada berdekatan untuk tindakan lanjut,” ujar perkongsian tersebut.

Tambah perkongsian itu lagi, video tersebut dihasilkan bukan berniat untuk menakut-nakutkan serta menjatuhkan kawasan peranginan tersebut.

Namun, ia sebagai peringatan bersama bagi ibu bapa yang membawa anak kecil mereka ke kawasan peranginan seperti itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI