fbpx

Cuaca buruk di beberapa negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca buruk melanda beberapa negeri sehingga pukul 9 malam ini.

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang itu dikeluarkan di seluruh Terengganu dan Labuan.

Manakala, bagi Perak amaran sama dikeluarkan ke atas Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

“Kelantan di Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang dan Pasir Puteh. Pahang di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh dan Rompin.

“Selangor di Sabak Bernam. Johor di Mersing. Sarawak di Kapit (Belaga), Miri dan Limbang,” kata MetMalaysia dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah MetMalaysia, amaran sama turut dikeluarkan ke atas Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud di Sabah.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

*Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI