fbpx

Citah ‘kembali’ ke India selepas 70 tahun diisytihar pupus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua citah dewasa dirakam di kandang Kumpulan Dana Pemuliharaan Citah di Namibia. - New York Times

NEW DELHI – Sebanyak lapan ekor citah dari Namibia dihantar ke India sempena sambutan hari lahir Perdana Menteri Narendra Modi kelmarin, lapor Badan Penyiaran British (BBC).

Ketibaan kawanan haiwan itu akan menamatkan status citah yang selama ini diisytiharkan sebagai pupus di India sejak 1952.

Kawanan tersebut akan menjalani kuarantin selama sebulan sebelum dibebaskan di Taman Negara Kuno yang terletak dalam negeri Madhya Pradesh.

Ini adalah kali pertama karnivor besar dipindahkan dari satu benua ke benua lain dan diperkenalkan semula di alam liar.

Secara keseluruhan, India akan menerima sekurang-kurangnya 20 citah yang diimport khas dari Afrika Selatan dan Namibia, yang menjadi habitat kepada lebih satu pertiga daripada 7,000 populasi haiwan itu di seluruh dunia.

Kumpulan pertama yang terdiri daripada lima citah betina dan tiga jantan serta berumur antara dua hingga enam tahun, tiba dari Windhoek di Namibia ke bandar Gwalior di India, kelmarin.

Pakar hidupan liar, doktor veterinar dan tiga ahli biologi mengiringi haiwan itu ketika melakukan perjalanan merentasi benua menggunakan pesawat Boeing 747 penumpang yang diubah suai.

Dari Gwalior, citah-citah itu dipindahkan menggunakan helikopter ke Taman Negara Kuno di mana spesies itu dilepaskan oleh delegasi kerajaan yang diketuai oleh Modi.

Meliputi kawasan seluas 748 kilometer persegi, Taman Negara Kuno adalah tempat perlindungan yang luas dipenuhi oleh antelop dan babi hutan untuk pemangsa seperti citah.

Sebuah kandang elektrik dengan 10 petak dalam julat saiz berbeza pula telah dibina untuk haiwan itu dikuarantin sebelum dilepaskan ke hutan. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI